Terry mungkin kembali bersama The Three Lions

Terry mungkin kembali bersama The Three Lions

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 23 Ogos – Pengurus baru England, Sam Allardyce, semalam mendedahkan akan menimbang untuk mendapatkan semula khidmat bekas kapten, John Terry yang sudah empat tahun bersara dari pentas antarabangsa.

Terry, 35 yang bersara daripada menyarung jersi England pada September 2012 selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menuduhnya melakukan kesalahan perkauman terhadap pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.

Dia kemudian didenda dan digantung empat perlawanan akibat kontroversi itu. Beliau kemudian didenda dan diberi empat perlawanan larangan.

Bekas pengurus England, Roy Hodgson pada Mac lalu berkata pasukan itu masih gagal untuk mendapatkan pengganti Terry di bahagian pertahanan tengah dan Allardyce tidak menolak dia berkemungkinan akan memanggilnya semula.

Terry masih ada lagi kelebihan yang diperlukan oleh skuad The Three Lions berdasarkan penilaian Allardyce. – AFP
Terry masih ada lagi kelebihan yang diperlukan oleh skuad The Three Lions berdasarkan penilaian Allardyce. – AFP

Ketika ditanya sama ada Terry mungkin akan disenaraikan dalam skuad England, Allardyce berkata: “Mungkin juga. Saya fikir ia bergantung dengan apa yang John katakan.

“Mungkin jika saya mendapat peluang, saya mungkin akan memberikannya. Namun sehingga saya tiba ketika pemilihan atau proses itu, kita tunggu dan lihat.

“Saya tidak tahu dari sudut politik apakah maknanya, jika ada sebarang sudut politik. Saya perlu mengadakan perbincangan jika saya merasakan yang John Terru mungkin satu kemungkinan.”

Terry yang sudah beraksi 78 kali bersama England menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Chelsea pada Mei lalu dan sudah bermain dalam kedua-dua perlawanan di bawah kendalian jurulatih baru, Antonio Conte. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA