Terry sandaran Conte

Terry sandaran Conte

LONDON, 30 Sept – Ikon Chelsea John Terry nampaknya sudah bersedia diturunkan kembali untuk memulakan aksi pertama menentang Hull dalam usaha The Blues untuk mengakhiri dua kekalahan berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan kepada Liverpool dan Arsenal berlaku sejak Terry mengalami kecederaan buku lali tetapi dia kembali berlatih minggu ini, dan dengan pertahanan tengah England Gary Cahill tidak cergas, kapten kelab berusia 35 tahun itu dituntut lebih banyak berbanding sebelum ini.

Terry yang hampir mengakhiri kerjaya Chelsea pada akhir musim lalu dan hanya menerima kontrak setahun selepas itu, muncul sebagai tokoh utama dalam rancangan Conte selepas beliau gagal mencari pertahanan utama semasa jendela perpindahan baru-baru ini.

Kedatangan David Luiz dan Marcos Alonso pada hari terakhir perpindahan sekurang-kurangnya menyokong jumlah pertahanan tetapi kedua-dua pemain itu belum memberikan impak yang ketara. Gandingan Luiz dan Cahill di pertahanan tengah belum memperlihatkan apa-apa keyakinan.

Cahill khususnya melakukan kesilapan dalam kemenangan 3-0 Arsenal yang mengesahkan skala tugas besar Conte ketika cuba untuk mengembalikan semula kegemilangan kelab itu.

Kudrat Terry (atas) masih lagi diperlukan dalam perancangan Conte untuk The Blues. – AFP
Kudrat Terry (atas) masih lagi diperlukan dalam perancangan Conte untuk The Blues. – AFP
Conte menggalas tugas besar di Stamford Bridge untuk mengembalikan Chelsea kepada zaman kegemilangannya. – AFP
Conte menggalas tugas besar di Stamford Bridge untuk mengembalikan Chelsea kepada zaman kegemilangannya. – AFP

perdanaPertahanan England itu berkemungkinan memberi laluan kepada Terry untuk permainan yang telah berkembang dengan ketara menjelang pertemuan dengan juara Leicester dan Manchester United.

Ketua jurulatih itu sudah memperkatakan kesukaran meningkatkan keyakinan pasukan yang selesai pada kedudukan pertengahan liga musim lalu.

Ketika masalah benteng menjadi tumpuan, cara kekalahan kepada Arsenal juga menimbulkan persoalan mengenai pemain lain, ditambah lagi midfield N’Golo Kante yang kurang cergas menyebabkan kebimbangan semakin meningkat.

“Apabila anda mahu menang, anda mesti mempunyai keseimbangan yang baik apabila menyerang atau bertahan,” kata Conte. “Saya rasa ini adalah cara yang betul jika anda mahu menang.

“Adalah penting untuk bekerja bersama-sama secara defensif atau menyerang. Kita mesti bekerja bersama-sama. Kita boleh meningkat dan penting untuk memahami perkara ini dan cuba bekerja bersama-sama.”

Pasukan pilihan pra-musim Hull mencatat kemenangan Liga Perdana berturut-turut pada permulaan kempen tetapi bergelut sejak itu dan bertekad untuk menghentikan kemerosotan yang menyaksikan mereka mengutip hanya satu mata daripada 12 mata terakhir.

Mereka bolos sembilan gol dalam dua perlawanan terakhir, kalah besar kepada Arsenal dan Liverpool, mencari kemenangan pertama menentang Chelsea dalam hampir 28 tahun serta cuba untuk mengakhir badi tewas dalam 12 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Ketidakpastian mengenai masa depan pengurus sementara Mike Phelan masih belum menerima tawaran untuk peranan sepenuh masa selepas dua minggu perbincangan, dan rundingan untuk menjual kelab merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan Tigers sehingga tercorot ke tangga ke-14.

Ryan Mason bakal membuat penampilan penuh pertama di laman sendiri selepas mencatat rekod perpindahan kelab 10 juta pound dari Tottenham Hotspur bulan lepas.

“Kami telah menunjukkan apa yang kami mampu lakukan musim ini dan ia terpulang kepada kami untuk berusaha sedaya upaya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

“Ini satu lagi permainan besar di tempat sendiri dan kami mahu bertindak balas. Cergas di laman sendiri penting untuk kempen sepanjang musim ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA