Terry sasar kembali jumpa Tottenham HotSpur

Terry sasar kembali jumpa Tottenham HotSpur

LONDON, 28 April – John Terry (bawah) bersedia untuk membuat membuat kemunculan semula daripada kecederaan pada pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada minggu depan.

Kapten Chelsea itu tidak bermain lebih sebulan kerana kecederaan pergelangan kaki, tetapi dijangka kembali ke latihan penuh pada hujung minggu ini.

Sekiranya dia berlatih tanpa cedera kemudian pengurus Guus Hiddink boleh memasukkan Terry dalam skuad untuk berdepan Spurs, Selasa ini.

Terry yang juga legenda kelab itu, bakal meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini dan terdesak untuk mendapatkan kembali persembahan terbaiknya untuk akhir musim ini selepas lama tidak beraksi.

Pemain berusia 35 tahun itu hampir pasti memenangi perjuangannya untuk terus bermain musim ini. Sementara itu, The Blues percaya pemain tengah Roma Radja Nainggolan akan menjadi pembelian pertama pengurus baharu Antonio Conte.

p21-2_20160429

Rundingan antara kedua-dua kelab berada di peringkat akhir dan persetujuan mengenai cadangan perjanjian 26 juta pound semakin hampir.

Sumber rapat dengan pemain tengah Belgium itu percaya persetujuan penuh akan terhasil sebelum Euro 2016, yang mana Nainggolan akan bersama kelab baharu untuk aksi pra musim. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA