Terselamat daripada dipenjara

Terselamat daripada dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Seorang lelaki Malaysia terlepas daripada meringkuk dipenjara selama 10 bulan selepas membayar denda $7,500 yang dijatuhi oleh Mahkamah Majistret, hari ini, setelah mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan borang deklarasi transit kastam untuk barangan yang dibawa.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhi hukuman itu ke atas Jong Chun Ang berusia 30 tahun yang berdepan dakwaan gagal mengemukakan borang bagi 897 kotak yang dibawanya dalam trak yang dipandunya, yang mana kotak-kotak itu mengandungi 299 karton dan lapan paket rokok.

pg06_151106_mahkamah logo2

Menurut fakta kes, defendan yang dalam perjalanan dari Miri ke Limbang telah ditahan oleh pegawai pencegah kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 4 November 2015, kira-kira jam 10:30 pagi.

Defendan kemudian menyerahkan borang transit kastam yang mengatakan trak yang dipandunya hanya membawa barangan makanan dan kasut namun pemeriksaan mendapati trak itu membawa rokok-rokok yang tidak diisytiharkan di dalam borang.

Ketika disoal siasat, defendan mengaku kesemua rokok itu adalah untuk dihantar dari Miri ke Limbang.

ARTIKEL YANG SAMA