Terselamat selepas 10 hari sesat di hutan

SYDNEY, 12 Okt – Seorang wanita dan anak lelakinya berusia sembilan tahun, terselamat daripada pengalaman getir 10 hari tanpa makanan di hutan belukar tebal Australia dengan menggunakan daun-daunan untuk mengambil air dan membuang kutu dan lintah dari tubuh masing-masing, menurut laporan dan pihak berkuasa hari ini.

Wanita berusia 40 tahun dan anak lelakinya itu merancang berjalan selama dua jam di Taman Negara Mount Royal di rantau Hunter kira-kira 240km utara Sydney, namun tiba-tiba menjadi keliru dengan laluan tersebut, kata polis negeri New South Wales memberitahu Newcastle Herald.

Polis menambah dalam satu kenyataan yang mereka telah dibawa ke hospital tempatan akibat dehidrasi dan gigitan serangga.

Inspektor Ambulans NSW, Andrew Steenson berkata ‘ia sangat bagus untuk menemui mereka dalam keadaan fizikal yang baik’.

“Operasi pencarian di kawasan rupa bumi itu agak berbahaya di beberapa kawasan,” ujarnya kepada Herald, menambah bahawa para penyelamat telah mencari pasangan itu selama empat hari selepas kereta mereka dilihat di taman parkir taman tersebut pada Isnin.

“Adanya beberapa cerun tajam dan semak tebal serta menurun kira-kira 500 meter di berapa bahagian kawasan pencarian.” Tambahnya lagi, ibu dan anak lelakinya itu menggunakan daun-daunan mengumpulkan air untuk meneruskan hidup, membuang kutu dan lintah antara satu sama lain, berkongsi sepasang kasut dan mengikat rumput di sekeliling pokok untuk menandakan di mana mereka berada.

Taman Negara Mount Royal, sebahagian kawasan Gondwana Rainforests dari Warisan Dunia Australia, digambarkan oleh Perkhidmatan Hidupan Liar dan Taman Negara sebagai mempunyai ‘trek jalan kaki mencabar’ yang membawa pengunjungnya ke puncak yang berpemandangan indah bercirikan batu-batuan. – AFP