Terselamat selepas hanyut lebih sebulan di laut

Terselamat selepas hanyut lebih sebulan di laut

SYDNEY, 12 Mei (Xinhua) – Lima belas orang yang dipercayai hilang di laut di timur laut Papua New Guinea telah diselamatkan di Kepulauan Solomon selepas hanyut selama lebih satu bulan di laut.

Akhbar tempatan Papua New Guinea Kurier Post hari ini melaporkan kumpulan itu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Pulau Solomon awal minggu ini selepas mengalami kerosakan enjin di transit antara wilayah New Ireland dan Pulau Lihir – kira-kira 50 kilometer jauhnya – di utara negara itu pada 4 April.

Malangnya, salah seorang wanita telah meninggal dunia akibat dehidrasi, manakala dua yang lain telah dipindahkan ke Hospital Besar Honiara di Kepulauan Solomon kerana mengalami penyakit yang serius selepas selama sebulan, enam hari di laut.

Pihak berkuasa enggan memberikan butiran lanjut sehingga saudara-mara dan pihak berkuasa wilayah tempatan diberitahu.

ARTIKEL YANG SAMA