Terserempak ular sawa

Terserempak ular sawa

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 19 Ogos – Seorang penduduk Kampung Kuala Balai yang sedang membawa anjingnya berlari di kawasan jalan di situ, terkejut apabila terserempak dengan seekor ular sawa yang sedang menikmati jamuannya di tengah jalan tempat laluannya itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5:00 petang semalam itu, terus dilaporkannya kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Belait.

Menurut penduduk itu, dia terserempak ular itu sedang menelan seekor biawak dan tanpa berlengah terus menghubungi pihak bomba.

Beliau mendakwa semasa anggota bomba tiba di tempat kejadian, ular itu sudah menelan hampir separuh biawak itu, dan akhirnya ular sepanjang kira-kira enam kaki itu telah berjaya ditangkap.

Ular yang ditemui sedang mengheret mangsanya di kawasan jalan berjaya ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat.
Ular yang ditemui sedang mengheret mangsanya di kawasan jalan berjaya ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat.

ARTIKEL YANG SAMA