Tertuduh cabul remaja juga dipercayai edar gambar lucah

Tertuduh cabul remaja juga dipercayai edar gambar lucah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, memerintahkan seorang lelaki tempatan yang menghadapi pertuduhan meliwat dilepaskan daripada tahanan reman di Penjara Jerudong untuk ditempatkan di Balai Polis Pusat bagi membantu siasatan polis.

Mohammad Shahdon bin Mohammad Ramlee, 28, menghadapi pertuduhan meliwat seorang budak lelaki berusia 15 tahun di sebuah rumah kosong di RPN Lumut, Kuala Belait pada 18 April 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin terdahulu memohon kepada mahkamah bagi tertuduh dipindahkan ke Balai Polis Pusat kerana pihak pendakwaan percaya tertuduh juga terlibat dalam kesalahan lain, antaranya mengambil dan mengedar gambar lucah kepada 10 mangsa lain berusia di bawah 16 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya juga memohon kepada mahkamah untuk pemeriksaan patologi dijalankan ke atas badan tertuduh. Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA