Tertuduh ceroboh, tampar warga asing ditahan reman

Tertuduh ceroboh, tampar warga asing ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan menceroboh dan menyerang seorang lelaki warga asing dengan menampar wajahnya.

Jefuraji bin Latip, 35, juga didakwa berniat untuk mencuri di kediaman lelaki tersebut di Kampung Limau Manis, pada 19 Mei 2016.

pg06_160523_mahkamah logo2

Dalam sebutan, Timbalan Pendakwa Raya Vuina Song memohon untuk kes ditangguhkan selama seminggu sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan kes untuk disebut semula pada 28 Mei, dan memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman.

ARTIKEL YANG SAMA