Tertuduh curi kereta dihadapkan ke mahkamah

Tertuduh curi kereta dihadapkan ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160929_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri sebuah kereta.

Jimmy Lakai, 36, yang tidak diketahui kerakyatannya bersama seorang rakannya yang masih bebas berdepan pertuduhan mencuri kereta Toyota Cressida, pada 23 September 2016 kira-kira jam 3 pagi di Kampung Sungai Orok, Salambigar.

Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mengemukakan pertuduhan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Jimmy, yang mana Pegawai Pendakwa memohon untuk tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 1 Oktober untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA