Tertuduh diikat jamin

Tertuduh diikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Seorang lelaki penduduk tetap yang mengaku salah atas tujuh pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah akan mengetahui nasibnya pada 19 Disember ini.

Mohd Rudy Hidayat bin Abdullah, 38, untuk empat pertuduhan didakwa mengambil dadah terkawal kelas A, Methylamphetamine pada 27 Julai 2012, 18 Disember 2012, 20 Mei 2013 dan 24 Oktober 2014.

Defendan turut berdepan tuduhan memiliki peralatan mengambil dadah, masing-masing pada 26 Julai 2012 di rumah kembar Kampung Rimba dan di kawasan letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 20 Mei 2013.

pg06_151216_mahkamah logo2

Mohd Rudy juga didakwa memiliki campuran kanabis seberat 0.3501 gram di kawasan Rancangan Perumahan Negara Panaga, Seria pada 23 Oktober 2014.

Pegawai Pendakwa Biro Kawalan Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memberitahu mahkamah, ujian air kencing yang diambil daripada defendan menunjukkan positif bagi Methylamphetamine.

Sementara menunggu hukuman dijatuhkan, Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman membenarkan defendan dilepaskan atas ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA