Tertuduh diikat jamin

Tertuduh diikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Seorang anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan menerima rasuah $200 daripada seorang warga Filipina pada Julai 2013.

PC 5491 Rusdi bin Abdul Rahim didakwa menerima suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas warga tersebut, yang melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Dia didakwa melakukan kesalahan bersama rakannya (telah meninggal dunia) di kawasan Syarikat Tyre Mart, di Serusop pada 12 Julai 2013.

pg06_151214_mahkamah logo2

Tertuduh didakwa di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) yang membawa hukuman denda $30,000 dan penjara tujuh tahun.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan tertuduh dilepaskan atas ikat jamin $10,000 atau dua orang penjamin tempatan, dan menetapkan 17 Disember untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauniah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA