Tertuduh kes curi kereta dibebaskan

Tertuduh kes curi kereta dibebaskan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Mahkamah Majistret, hari ini, membebaskan dua orang lelaki tempatan dan seorang wanita penduduk tetap yang didakwa mencuri sebuah kereta pada Januari 2016.

Harisin bin Haji Raub, 37, Norazalina binti Abdullah, 40, dan Shahrin bin Haji Tarang, 42, dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

Ketiga-tiga tertuduh berdepan dakwaan mencuri sebuah kereta di Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Besar pada 7 Januari kira-kira jam 9 pagi.

pg06_160114_mahkamah logo2

Mereka didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun, atau bersama denda, atau kedua-duanya.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 20 Januari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor ‘Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.