Tertuduh ‘mahu menghantar AS$3,760 kepada IS’

Tertuduh ‘mahu menghantar AS$3,760 kepada IS’

SYDNEY, 24 Mac (AFP) – Seorang murid remaja perempuan Sydney berusia 16 tahun yang berdepan tuduhan membiayai pengganasan, tidak dibenarkan diikat jamin hari ini ketika mahkamah Australia mendengarkan dia dikatakan berkomplot untuk menghantar AU$5,000 kepada Islamic State (IS). Remaja itu, yang tidak dapat didedahkan namanya mengikut undang-undang Australia disebabkan usianya, menangis selepas majistret di sebuah mahkamah Sydney berkata dia akan ditahan reman, lapor media tempatan.

Dia diberkas Selasa lalu dan kemudian didakwa dengan satu pertuduhan mendapatkan dana untuk pertubuhan pengganas yang boleh membawa hukuman maksimum jika disabitkan dengan kesalahan, penjara 25 tahun. Pihak pendakwa mengatakan remaja itu telah menerima wang tunai AS$5,000 dari seorang lelaki berusia 20 tahun yang didedahkan namanya, Milad Atai yang dihasratkannya untuk dihantar kepada seorang saudarannya, iaitu dikatakan seorang pejuang IS.

Kedua-dua mereka telah ditangkap oleh polis sejurus selepas pertukaran itu, yang telah menyusuli operasi meluas yang termasuklah seorang pemberi makluman yang menyamar sebagai pelampau muda, mahkamah diberitahu. Majistret Paula Russell berkata kes terhadap gadis itu ‘nampaknya kes itu berat’ kerana dia tidak dibenarkan diikat jamin. Dalam kes itu ikat jamin tidak diberikan.”

Kes remaja itu dan kes Atai, yang juga ditahan reman, dijangka kembali ke mahkamah pada bulan Mei. Canberra semakin bimbang dengan fahaman pelampau dalam negara dan menaikkan tahap berawas kepada tahap tinggi pada September 2014.

Pihak berkuasa telah menjalankan serbuan cegah pengganas di beberapa buah bandar dan undang-undang keselamatan baru telah diluluskan.

Sejak September 2014, 14 orang telah didakwa di bawah Appleby, operasi yang menyiasat mereka yang disyaki terlibat dalam tindakan keganasan dalam negara. Rakyat Rakyat Australia turut berjuang di Syria dan Iraq dan membiayai pertubuhan pengganas.

ARTIKEL YANG SAMA