Tertuduh membunuh ditahan reman

Tertuduh membunuh ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Mahkamah Majistret mengarahkan seorang lelaki warga Filipina yang menghadapi pertuduhan membunuh supaya ditahan reman di penjara.

Timbalan Pendakwa Raya, Karen Tan dalam sebutan, semalam, memohon mahkamah supaya Naje Walley Alemania, 37, dipindahkan daripada tahanan polis ke Penjara Jerudong sementara menunggu siasatan. Timbalan Pendakwa Raya turut memaklumkan mahkamah bahawa bedah siasat ke atas si mati telah pun dijalankan dan beberapa bahan bukti DNA turut diperolehi.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih menunggu laporan bagi butiran rakaman telefon. Majistret Kanan, Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain membenarkan permohonan itu, dan menangguhkan sebutan pada tarikh 30 Januari.

Tertuduh berdepan satu tuduhan dengan niat mengakibatkan kematian Leila Viana Tungala berusia 44 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku pada lewat malam hingga awal pagi 30-31 Disember 2015 di Ujong Jalan, Temburong. Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, dan sabit kesalahan akan berdepan hukuman mati.

ARTIKEL YANG SAMA