Tertuduh pengeboman Bangkok buat rayuan

Tertuduh pengeboman Bangkok buat rayuan

BANGKOK, 16 Feb – Dua lelaki Uighur yang disyaki menjalankan pengemboman maut di tempat suci Bangkok pada tahun lepas bersedia untuk membuat rayuan kelmarin ke atas serangan yang belum pernah berlaku di tengah ibu negara Thailand.

Bilal Mohammed, yang juga dikenali sebagai Adem Karadag, dan Yusufu Mieraili tiba dengan kaki ayam, digari dan dirantai, di mahkamah tentera di mana pencengaran bermula awal hari kelmarin.

Mereka didakwa dengan percubaan dan merancang pembunuhan, memiliki senjata haram dan kemasukan secara tidak sah terhadap serangan pada 17 Ogos lalu. Pengeboman tersebut membunuh 20 oprang dan mencederakan berpuluh yang lain di tempat suci yang popular dengan pelancong etnik China.

Polis berkata keduanya mengakui dalam penyiasatan sebelumnya terhadap peranan mereka dalam serangan itu. Polis Thailand mendakwa bahawa Mohammed, lelaki pertama yang ditahan, adalah lelaki yang dilihat dalam rakaman CCTV memakai baju-t berwarna kuning dan meletakkan beg galas di tempat suci Erawan sebelum letupan.

Tetapi menjelang pendengaran rayuan kelmarin, peguamnya, Schoochart Kanpai, mendakwa anak guamnya ‘diseksa untuk membuat pengakuan’ terhadap jenayah itu. Dia tidak memberikan maklumat lanjut terhadap dakwaan penyeksaan itu.

Suspek letupan Bangkok pada tahun lepas, Bilal Mohammed (tengah) (juga dikenali sebagai Adem Karadag) dan Yusufu Mieraili diiringi oleh pegawai penjara semasa mereka tiba di mahkamah tentera di Bangkok, Thailand, kelmarin. – Reuters
Suspek letupan Bangkok pada tahun lepas, Bilal Mohammed (tengah) (juga dikenali sebagai Adem Karadag) dan Yusufu Mieraili diiringi oleh pegawai penjara semasa mereka tiba di mahkamah tentera di Bangkok, Thailand, kelmarin. – Reuters

Mieralli, 25, ditahan pada awal September lalu berhampiran sempadan Kemboja dengan memegang passport China. Penafian mereka hadir beberapa bulan selepas Schoochart memberitahu wartawan bahawa Mohammed pada faktanya mengakui terhadap pengeboman itu, bertindak ke atas arahan perancang yang masih lagi bebas.

Enam bulan selepas letupan misteri itu masih menyelubungi motif serangan, di mana majority yang maut adalah pelancong etnik China. Industri pelancong utama Thailand terjejas dengan pengeboman, yang melanda tempat suci yang padat pada masa sibuk dan meningkatkan ketakutan terhadap keselamatan di negara itu.

Tetapi keadaan normal kembali ke Bangkok dan kes itu hampir terjejas keseluruhannya dari lembaran – lembaran akhbar yang dilakukan dengan tekanan ke atas pihak berkuasa untuk menahan suspek selanjutnya.

Spekulasi menumpukan ke atas hubungan kepada militan atau penyokong Uighurs, kumpulan etnik yang berkata mereka menghadapi dakwaan di China, selepas Thailand memaksa penghantaran pulang 109 dari minority itu pada Julai lalu. – AFP