Tertuduh perlu penilaian mental

Tertuduh perlu penilaian mental

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160412_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kerosakan pada harta benda di sebuah bengkel kereta di Daerah Tutong.

Zulhilmi bin Mat Jeneh, 25, didakwa menyebabkan kerosakan pada kaunter pameran bengkel tersebut dengan memandu sebuah kereta ke arah kaunter itu, pada 7 April 2016 kira-kira jam 2:55 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 426 Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22 yang membawa pemenjaraan yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh dipercayai ‘tidak waras’ dan memohon untuk tertuduh ditahan reman di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menjalani penilaian kesihatan mental untuk menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan atau sebaliknya.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 18 April untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA