Tertuduh rogol terus ditahan reman

Tertuduh rogol terus ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengarahkan seorang lelaki tempatan yang berdepan pertuduhan merogol anak perempuannya untuk terus ditahan reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas memohon lebih masa kepada mahkamah untuk meneliti kes, kemungkinan terdapat pertuduhan tambahan terhadap tertuduh.

Hakim Pengiran Rostaina binti Pengiran Haji Duraman menolak permohonan tertuduh untuk mendapatkan ikat jamin setelah mendengar sebab-sebab bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Tertuduh berusia 41 tahun, yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa didakwa merogol anaknya yang berusia 20 tahun di rumah mereka antara pukul 1 dan 2 pagi pada 17 Mei 2015.

Hakim menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula.