Tertuduh terlepas daripada dakwaan

Tertuduh terlepas daripada dakwaan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menghentikan dakwaan rasuah ke atas seorang kakitangan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) namun tidak akan menghalang jika ada pendakwaan selanjutnya.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan pendakwaan ke atas bekas Penyelia Smart Well, Osman bin Haji Mohamad dihentikan selepas Timbalan Pendakwa Raya, meralda binti Abas menggunakan Nolle Prosequi (hentikan pendakwaan).

pg06_151202__mahkamah logo2

Terdahulu, tertuduh berdepan tuduhan menggunakan maklumat palsu untuk lembaran kehadiran kerja dua orang penyelia di Amrtur Corporation Sdn Bhd yang bekerja di bawah jagaannya, untuk menipu dan mengelirukan BSP bagi meluluskan pembayaran gaji kedua-dua penyelia tersebut.

“Tertuduh kini seorang yang bebas tanpa rekod jenayah, dan memandangkan dia tidak pernah memasuki fasa perbicaraan, dia dianggap tidak bersalah.

“Tertuduh terlepas daripada kesemua tujuh pertuduhan namun mahkamah tidak akan menghalang jika ada pendakwaan selanjutnya,” kata Ketua Majistret. Tertuduh diwakili Peguam Bela, Leftenan Kolonel (B) Harif bin Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA