Teruja dengan perkakasan sekolah baru

Teruja dengan perkakasan sekolah baru

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Musim persekolahan 2016 akan bermula esok (4 Januari 2016) dan kebanyakan murid-murid sudah pasti teruja memulakan hari pertama persekolahan mereka lebih-lebih lagi dengan peralatan sekolah baru.

Bercakap mengenai perkakasan sekolah baru, salah seorang ibu yang ditemui memberitahu, bukan anak sahaja yang bersemangat bahkan ibu pun ikut bersemangat membeli barang persekolahan mereka.

Menurut Dayang Siti Noorfariza binti Ahmad, beliau telah membeli kelengkapan persekolahan anak-anaknya, Nur Batrisyia dan Taufiqillah bin Halit pada November lalu.

Walaupun sudah dibelikan dan disediakan, namun ada kalanya, sebagai ibu bapa beliau khuatir ada yang tidak mencukupi, tambahnya.

Pada tahun ini, kedua-dua anaknya bersekolah di Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang dengan Nur Batrisyia memasuki Tahun 1 dan anak keduanya, Taufiqillah baru masuk Darjah Pra pada 11 Januari ini.

Balqis dan Amanda lebih suka warna merah jambu dalam memilih barang persekolahan mereka.
Balqis dan Amanda lebih suka warna merah jambu dalam memilih barang persekolahan mereka.
Nur Batrisyia bersemangat menunjukkan barang sekolahnya yang serba baru.
Nur Batrisyia bersemangat menunjukkan barang sekolahnya yang serba baru.
Amanda bersemangat mengenakan baju sekolahnya.
Amanda bersemangat mengenakan baju sekolahnya.

Kini kelengkapan sekolah pun mempunyai tema mengikut kesukaan masing-masing, dan bagi Nur Batrisyia kartun Frozen yang diminati ramai pada masa ini menjadi pilihan, manakala itu, adiknya, Taufiq meminati kartun Hiro dan lebih suka barang persekolahan berwarna kuning.

Dayang Siti Noorfariza berkata, beliau tidak kisah membeli barang persekolahan anak-anaknya yang menelan belanja sehingga $300, namun beliau berharap dapat melihat anak-anaknya pintar dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sementara itu, bagi Dayang Nurlyliana binti Sabli, anak keduanya Nur Amanda Adawiyah binti Mohd Fahimin nampak lebih bersemangat hendak ke sekolah kerana tahun ini merupakan kali tahun pertama masuk sekolah.

Manakala itu, kakaknya, Nur Balqis Qaisara agak memilih membeli peralatan persekolahannya dan lebih suka beli barangan sekolah penuh dengan warna merah jambu. Tetapi apa yang menariknya pasangan adik-beradik ini, apa yang dimahukan kakaknya, adik pun mesti ada.

Dayang Nurlyliana melahirkan harapan bahawa kedua-dua anak perempuannya nanti menjadi anak yang berguna dan berjaya dalam pelajaran mereka nanti.

Beliau juga tidak berkira untuk membeli barang persekolahan mereka asal selesa semasa belajar nanti.

ARTIKEL YANG SAMA