Terumbu besar Australia hadapi kemusnahan

Terumbu besar Australia hadapi kemusnahan

Gambar yang diambil pada 11 Jun 2015 menunjukkan pemeriksaan keadaan terumbu di kawasan yang dikenali sebagai ‘Taman Terumbu’ yang terletak di Pulau Lady Elliot di Queensland, Australia. – Reuters
Gambar yang diambil pada 11 Jun 2015 menunjukkan pemeriksaan keadaan terumbu di kawasan yang dikenali sebagai ‘Taman Terumbu’ yang terletak di Pulau Lady Elliot di Queensland, Australia. – Reuters

SYDNEY, 2 Mac (Reuters) – Sebahagian daripada Terumbu Sawar Besar Australia menghadapi pemusnahan kekal jika El Nino, salah satu yang paling kuat dalam dua dekad, tidak reda pada bulan ini, kata ahli sains hari ini.

El Nino adalah hasil pemanasan lautan di barat Pasifik, keadaan yang ideal untuk pelunturan karang, di mana karang menyingkir alga hidup, menyebabnya mengapur. Karang hanya boleh hidup dalam kumpulan suhu lautan yang amat kecil. Ahli sains berkata kawasan Terumbu sawar Besar, tapak warisan dunia, sedang mengalami pelunturan paling teruk dalam 15 tahun.

Karang di sekitar Pulau Lizard di luar bandar tropika Cairns telah melihat pelunturan paling berleluasa, dengan 80 peratus daripada karangnya luntur di bawah cahaya matahari, beritahu Dr Anne Hoggett, pengarah Stesen Penyelidikan Pulau Lizard, kepada Reuters.

“Pelunturan adalah tanda-tanda jelas karang hidup sedang mengalami tekanan psikologi. Jika stres berkenaan adalah cukup lama, karang boleh mati,” kata Dr Russell Reichelt, pengerusi Pihak Berkuasa Taman Marin Terumbu Sawar Besar.

“Apa yang berlaku sekarang bergantung sepenuhnya pada keadaan cuaca tempatan,” kata Reichelt. Ahli sains berkata Terumbu Sawar Besar memerlukan rehat dalam keadaan El Nino dalam tempoh beberapa minggu jika beberapa kawasan karang tertentu perlu hidup. Biro Kaji Cuaca Australia meramalkan keadaan El Nino akan berterusan.

Tahun ini akan menjadi tahun paling panas dan 2016 mungkin lebih panas disebabkan pola cuaca El Nino, kata Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia. Terumbu sawar Besar merentangi 2,000km sepanjang pantai timur laut Australia dan merupakan ekosistem hidup terbesar dunia. Ia membawa masuk berbilion dolar dalam pendapatan pelancongan. Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO pada Mei lalu tidak meletak Terumbu Sawar

Besar dalam senarai “terancam,” tetapi keputusan itu menimbulkan kebimbangan jangka panjang mengenai masa depannya disebabkan perubahan iklim.

ARTIKEL YANG SAMA