Terumbu Sawar Besar boleh hilang tarikan pelancong

Terumbu Sawar Besar boleh hilang tarikan pelancong

SYDNEY, 21 Jun (AFP) – Pemutihan terumbu yang teruk di Terumbu Sawar Besar Australia akan menyebabkannya kehi-langan lebih satu juta pelancong setahun dan sejumlah besar pendapatan pelancongan, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan hari ini.

Terumbu yang disenaraikan dalam Warisan Dunia yang dipenuhi dengan hidupan laut mengalami pemutihan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada awal tahun ini yang melihat kebanyakan terumbu menjadi putih dan hampir satu perempat daripada karang mati.

“Bidang pelancongan terumbu menghadapi risiko kehilangan lebih satu juta pelawat setahun,” kata kertas perbincangan daripada kumpulan pemikir bebas Institut Australia.

Ia menambah pendapatan sebanyak Aus$1 bilion mungkin hilang sekiranya pelawat berkenaan tidak berkunjung ke rantau terumbu tropika.

Kira-kira 10,000 pekerjaan di negeri Queensland juga berdepan risiko akibat kemerosotan dalam pelancongan, industri besar dalam bidang itu, tambahnya.

Gambar fail yang diambil pada 22 September menunjukkan seorang pelancong dari bot pelancong Ocean Freedom ketika menyelam di Terumbu Sawar Besar Australia. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 22 September menunjukkan seorang pelancong dari bot pelancong Ocean Freedom ketika menyelam di Terumbu Sawar Besar Australia. – AFP

“Pemutihan berterusan bukan sahaja menjejas status terumbu sebagai destinasi pelancong antarabangsa utama Australia, tetapi juga menjejas identiti Australia sebagai destinasi pelancong antarabangsa,” katanya.

Laporan itu berkata pada tahun lalu, kira-kira 3.5 juta pelancong, kebanyakannya warga Australia, melawat kawasan di sepanjang terumbu.

Institut itu meninjau beribu-ribu warga Australia dan yang lainnya daripada pasaran pelancongan utama China, Amerika Syarikat dan Britain.

Lebih satu pertiga daripada warga Australia berkata mereka kemungkinan besar berkunjung ke kawasan lain di negara jika pemutihan berterusan.

Dari segi pelancong asing, lebih separuh daripada responden China, dan kira-kira satu pertiga daripada peserta Amerika dan Britain berkata mereka mungkin melawat tempat lain selain daripada Australia jika kemerosotan terumbu berlarutan.

ARTIKEL YANG SAMA