Terus berjuang kekalkan kemaraan

Terus berjuang kekalkan kemaraan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar S.League

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC menegaskan keadaan padang menjadi faktor dan punca kenapa Paolo Sergio dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Hougang United kelmarin.

“Keadaan becak selepas hujan lebat di Stadium Hougang di Singapura itu menyebabkan pemain hilang kawalan dan ada kalanya tidak sengaja mengasari mana-mana pemain lawan,” ujarnya kepada media di kota Singapura selepas perlawanan itu.

Beliau menegaskan Paolo bukan jenis pemain yang mudah menaikkan kaki kepada pemain lain dan ketiadaannya dalam dua perlawanan seterusnya pasti akan dirasai ketika berhadapan dengan pihak lawan dalam kejohanan Piala Liga Singapura 2016 kali ini.

“Meskipun begitu, keputusan semalam adalah yang kami hasratkan, kami berjaya menjaringkan gol dan berjaya mengekalkan kedudukan tanpa bolos sehingga ke akhir perlawanan itu yang dicita-citakan,” tegasnya.

Antara aksi di dalam perlawanan antara Brunei DPMM FC menentang Hougang kelmarin.
Antara aksi di dalam perlawanan antara Brunei DPMM FC menentang Hougang kelmarin.

Beliau menambah para pemain akan terus berjuang di dalam peringkat kumpulan dan seterusnya akan menentang Pasukan Tampines Rovers dan akan memanfaatkan tempoh rehat sebelum Khamis ini untuk memulihkan keadaan pemain dan mempersiapkan mereka.

Sementara itu Jurulatih Hougang, K. Balagumaran menegaskan pasukannya kehilangan rentak ketika berhadapan Brunei DPMM FC semalam dan menyebabkan mereka didenda dengan dua gol bolos di gawang mereka.

“Jika kami fokus selepas Paolo dibuang padang pasti kami akan menggunakan peluang itu untuk memintas Brunei DPMM FC ekoran kelebihan jumlah pemain di padang,” ujarnya dengan nada hampa.

Brunei DPMM FC menurunkan Wardun Yussof, Brian McLean, Azwan Salleh, Paulo Sergio, Najib Tarif, Maududi Hilmi, Rosmin Kamis, Helmi Zambin, Rafael Ramazotti, Adi Said, Yura Indera Putera dan memasukkan Shahrazen Said pada minit ke-79 dan Azwan Ali pada minit ke-90.

ARTIKEL YANG SAMA