Terus kekalkan keamanan kampung

Terus kekalkan keamanan kampung

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 30 Dis – Operasi Pencegahan Jenayah di kawasan perumahan diteruskan malam tadi, dengan melibatkan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung RPN Panaga.

Seramai 16 orang ahli pengawasan kejiranan berkenaan menyertai operasi berkenaan yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi bin Dato Paduka Haji Abd Aziz dan disertai oleh Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Helmi bin Abdullah, Pengerusi Kejiranan Kampung Panaga, Awang Hassan bin Tuah dan timbalannya, Awang Zaleha bin Lahap, serta Pegawai Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria, Sarjan Zamri bin Haji Buang.

Rondaan secara berjalan kaki telah ditumpukan di sekitar kawasan perumahan berkenaan terutamanya rumah yang ditinggalkan kosong, selain itu pemeriksaan turut dilakukan dengan menggunakan kenderaan polis dan persendirian.

Operasi bermula kira-kira pukul 11 malam hingga 12:30 tengah malam itu, bagaimanapun, tidak menemukan sebarang aktiviti jenayah.

Operasi Pencegahan Jenayah yang dijalankan di kawasan RPN Kampung Panaga secara rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan polis serta persendirian.
Operasi Pencegahan Jenayah yang dijalankan di kawasan RPN Kampung Panaga secara rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan polis serta persendirian.