Terus semarakkan sambutan Israk Mikraj

Terus semarakkan sambutan Israk Mikraj

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Lebih 100 penuntut Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini, menghadiri majlis sambutan Israk dan Mikraj yang berlangsung di Dewan Kuliah sekolah berkenaan.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqiib.

Majlis diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yusuf bin Haji Abdul Majid, yang antara lain menjelaskan mengenai maksud Israk dan Mikraj.

Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Awang Mohd Rayyan bin Haji Abdul Rajid dan persembahan nasyid serta tausyeh oleh pelajar Tahun 9 dan 10 sekolah itu.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqiib berangkat di majlis itu.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqiib berangkat di majlis itu.
Persembahan daripada pelajar Tahun 9 dan 10 sekolah berkenaan.
Persembahan daripada pelajar Tahun 9 dan 10 sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA