Teruskan potensi atlet negara

Teruskan potensi atlet negara

SEMEMANGNYA satu peristiwa yang membanggakan apabila tiga atlet negara telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) melalui Universality Programme bagi menerima biasiswa dan seterusnya menjalani latihan ke arah penyertaan ke Sukan Olimpik Musim Panas Rio de Janeiro Ogos 2016 nanti.

Namun jangan biar ia terhenti di situ saja. Para syarikat ternama tempatan seharusnya berlumba-lumba mengenal pasti potensi atlet atau pasukan negara dan menawarkan tajaan bagi pembangunan sukan yang tertentu paling kurang untuk selama tiga tahun.

Misalnya sukan Wushu boleh ditaja oleh syarikat A, sukan Pencak Silat oleh syarikat B, sukan Hoki oleh syarikat C, sukan Ragbi oleh syarikat D, dan seterusnya.

Syarikat-syarikat berkenaan memperuntukkan sejumlah wang bagi kebajikan (elaun) para atlet di samping memberi peluang mereka untuk menyertai kejohanan dalam dan luar negeri dengan semua perbelanjaan tempat tinggal, jamuan dan pengangkutan ditanggung sepenuhnya.

Kita sebagai penyokong dan pemerhati boleh saja meninjau perkembangan ini secara sepintas lalu dan boleh beraksi sebagai pemberi cadangan dan saranan ke arah kemajuan dan pembangunan sukan berkenaan.

Jika ini dimulakan dan dilaksanakan secepatnya, saya pasti kemajuan sukan negara akan terserlah dan lebih menyerlah apabila negara menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara ke-32 pada tahun 2023 nanti. Sasaran 10 emas ke atas tidak mustahil.

Ugan Brunei, BSB

ARTIKEL YANG SAMA