Tesla akan dedah Model 3

Tesla akan dedah Model 3

NEW YORK, 27 Mac (AFP) – Tesla dijangka melancarkan Model 3, satu tarikan kepada pemandu kelas pertengahan dan komponen utama dalam wawasan pengasas Elon Musk untuk mempertingkat kereta elektrik.

Tesla Motors, sehingga sekarang pembekal kereta elektrik mewah dengan harga yang mahal, merancang menjual Model 3 dengan harga AS$35,000, separuh daripada harga asas Model S.

Model 3 akan dilancarkan di Studio Design Tesla di Hawthorne, California, pada 31 Mac.

Sekarang hanya mengeluarkan 50,000 buah kereta setahun, Tesla merancang menggunakan Model 3 untuk menukar dirinya kepada pengeluar kereta utama yang menjual 500,000 kereta elektrik setahun menjelang tahun 2020.

Penganalisis berkata kereta baru itu adalah penting kepada Tesla pada masa apabila gasolin murah memberi cabaran kepada semua kereta hijau, dan tatkala General Motors mengisytiharkan pasaran pertengahan kenderaan elektrik menjadi miliknya dengan pelancaran kereta baru Chevrolet Bolt.

“Model 3 merupakan jawapan sekiranya Tesla akan menjadikannya jangka panjang sebagai sebuah syarikat kereta,” kata Jessica Caldwell, seorang penganalisis di laman web industri kereta Edmunds.com.

“Jika mereka mahu membawa EV ke pasaran besar-besaran, Model 3 perlu berjaya.”

Model 3 adalah kira-kira 20 peratus lebih pendek daripada S, menempatkannya dalam segmen yang sama dengan Audi A4. Ia juga akan mempunyai pemanduan pacuan empat roda, menurut orang yang rapat dengan perkara itu.

Kereta itu dijangka mampu berjalan sehingga 300 batu tanpa dicaj semula, bergantung pada sistem bateri yang dipilih, dan akan termasuk sistem keselamatan moden seperti Autopilot.

Model 3 pertama akan diserah pada akhir tahun 2017 di AS, dan 2018 di Eropah. Pengguna boleh menempah lebih awal kenderaan berkenaan mulai 31 Mac dengan deposit $1,000 atau $1,000 euro.

Tesla melancarkan kempen kereta elektrik dalam kereta sport Roadster 2008, dibina pada cesi Lotus. Ia seterusnya dipindahkan kepada kenderaan mewah dengan Model S, diikuti oleh Model S baru.

Model 3 adalah langkah logikal selanjutnya.