Tesla buat peningkatan Autopilot

Tesla buat peningkatan Autopilot

NEW YORK, 12 Sept – CEO Tesla, Elon Musk berkata syarikat kereta elektrik itu sedang membuat peningkatan besar kepada sistem Autopilot yang digunakan pada kenderaannya yang akan secara dramatik mengurangkan bilangan dan risiko kemalangan teruk yang berlaku baru-baru ini.

Berita hari ini muncul selepas kemalangan bulan Mei lalu yang melibatkan sebuah Model S Tesla yang menggunakan mod semi-autonomi pada ketika itu. Pemandu kereta itu terbunuh selepas merempuh sebuah treler-traktor.

Semasa konferensi bersama para pemberita, Musk berkata dia berpendapat peningkatan itu, yang akan dibuat seluruh dunia dalam tempoh minggu depan atau dua minggu dalam bentuk kemas kini perisian, mungkin dapat menghalang kemalangan itu.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh raya Kebangsaan yang sedang menyiasat kemalangan itu berkata semalam Tesla telah memberikan maklumat tentang perubahan kepada Autopilot itu, yang akan dikaji selidik. Musk menyifatkan kemas kini itu menjadi ‘peningkatan besar-besaran’, tetapi berkata kereta Tesla telah pun menjadi kereta paling selamat di jalan raya.

Gambar fail bertarikh 29 September 2015 menunjukkan Elon Musk berucap pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu di Fremont, California. - AP
Gambar fail bertarikh 29 September 2015 menunjukkan Elon Musk berucap pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu di Fremont, California. – AP

Peningkatan itu yang diumumkan semalam menggesa Autopilot agar lebih bergantung pada radar dan dikurangkan pada kamera kenderaan.

Sebagai sebahagian peralihan itu, radar akan digunakan sepenuhnya bagi proses isyarat yang lebih canggih untuk mewujudkan gambaran persekitaran dunia yang lebih baik.

Musk berkata dia mahu membuat peningkatan itu kepada Autopilot sejak tahun lalu lagi, tetapi ia tidak boleh dilakukan atas sebab beberapa masalah teknikal.

“Kami benar-benar terdesak mempersoalkan kesemua anggapan itu dalam tempoh beberapa bulan lalu,” ujarnya. “Ia masalah yang sangat sukar. Tiada sesiapa yang boleh menyelesaikannya masalah ini.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA