Tesla dedah bateri rumah

Tesla dedah bateri rumah

LOS ANGELES, 1 Mei (AFP) – Pelopor kereta elektrik Tesla Motor semalam memperkenalkan ‘bateri rumah’ yang menurut pengasasnya Elon Musk akan membantu mengubah ‘keseluruhan infrastruktur tenaga dunia’.

Tesla Powerwall boleh menyimpan tenaga dari panel solar, dari grid elektrik pada waktu malam apabila ia pada lazimnya lebih murah, dan menyediakan sandaran terjamin sekiranya berlaku ketiadaan bekalan elektrik.

Teorinya peranti itu, yang biasanya akan dipasang pada dinding garaj atau di dalam sebuah rumah, boleh membuat kediaman berkuasa solar sepenuhnya bebas daripada grid tenaga tradisional.

“Matlamatnya ialah transformasi sepenuhnya keseluruhan infrastruktur tenaga dunia kepada sifar karbon kekal sepenuhnya,” Musk memberitahu para pemberita sejurus sebelum memperkenalkan Powerwall di sebuah gudang berhampiran Los Angeles.

Contoh mengenai peranti anggun ini – yang terdapat dalam pelbagai warna – telah dibarisi di sepanjang sisi dewan. “Ia seperti arca cantik di dinding,” kata Musk.

CEO Tesla, Elon Musk, bersama unit Powerpack di belakangnya, mendedahkan sut bateri buat rumah, perniagaan, dan utiliti, di Tesla Design Studio, di Hawthorne, Califonia. – AFP
CEO Tesla, Elon Musk, bersama unit Powerpack di belakangnya, mendedahkan sut bateri buat rumah, perniagaan, dan utiliti, di Tesla Design Studio, di Hawthorne, Califonia. – AFP

Semua tenaga bagi petunjukan malam itu, yang dihadiri oleh kira-kira seratus pengamal media serta peserta teknologi dunia, muncul dari bateri baru ini, yang disambungkan kepada panel solar di atas atap, katanya.

Pada awalnya peranti ini, yang akan menelan belanja sekitar $3,500, akan dijual di Amerika Syarikat (AS) lewat tahun ini. Tetapi matlamat ialah untuk memperkenalkannya di segenap antarabangsa tahun depan.

Jerman dilihat sebagai pasaran penting bagi produk itu – yang mempunyai ketebalan kira-kira 6 inci, 4 kaki tinggi dan lebarnya 3 kaki – kerana ia adalah pengguna tenaga solar tertinggi di dunia, menurut Musk lagi.

Tetapi ia mungkin juga kebaikan besar bagi rantau-rantau kurang maju, yang mana tenaga elektrik kerap tidak boleh diharapkan, meski banyaknya tenaga solar – dan dia membandingkan potensi itu dengan cara teknologi telefon bimbit berkembang.

“Ia seakan-akan cara telefon bimbit melangkaui talian darat,” katanya lagi.

“Ini benar-benar akan menjadi kebaikan bagi masyarakat paling miskin di dunia,” katanya. Ini membolehkan anda sepenuhnya tanpa grid elektrik.”

Musk menekankan lagi, bagaimanapun memindahkan negara-negara ekonomi maju seperti Amerika jauh daripada tenaga fosil tidak mapan merupakan satu matlamat penting.

“Saya rasa kita harus melakukan sesuatu bersama tentang hal ini, kita punya reaktor pelakuran yang mahir di langit, yang digelar matahari,” katanya.

Powerwall didatangkan dalam model 10kWh kitaran seminggu dan 7kWh kitaran sehari, kedua-duanya dijamin untuk selama 10 tahun dan mencukupi untuk mempertenagai kebanyakan rumah pada waktu malam.