Tesla jual lebih 3,000 kereta di China

Tesla jual lebih 3,000 kereta di China

SHANGHAI, 23 Okt (AFP) – Pembuat kereta elektrik AS Tesla Motors telah menjual lebih daripada 3,000 kereta di China, pasaran kereta terbesar di dunia, dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, katanya hari ini.

Syarikat itu telah bergelut dalam pasaran China, membina inventori kereta yang tidak berjaya dijual dan mengurangkan sebahagian kakitangannya, walaupun liputan media awal menunjukkan positif.

Ia telah menurunkan sasaran jualan global bagi 2015 kepada antara 50,000 dan 55,000.

Ia tidak memberikan matlamat tertentu bagi China, tetapi jualan sebanyak 3,025 di negara ini menunjukkan ‘kemajuan yang sangat baik’ dalam kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Laporan media China Mac berkata, ia menjuak hampir 2,500 kenderaan tahun lepas, tetapi mempunyai inventori lebih daripada 2,000.

Pasaran kereta elektrik China masih kecil buat masa ini. Jualan di seluruh negara kenderaan elektrik bukan hibrid hampir tiga kali ganda kepada 87.531 dalam tempoh sembilan bulan pertama, menurut Persatuan Pengeluar Automobile China.