Tesla perkenal model baru lebih murah

Tesla perkenal model baru lebih murah

SAN FRANCISCO, 1 April (AFP) –Tesla melancarkan model baru hari ini yang mana lebih murah daripada kereta elektrik mereka yang lain bagi bertujuan pemasaran yang lebih besar.

Lebih daripada 115,000 pesanan telah dibuat dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Syarikat itu berkata pesanan tersebut semakin meningkat, walaupun kereta baru itu belum lagi boleh didapati sehingga akhir tahun depan.

Model 3 yang baru itu akan mempunyai harga asas iaitu AS$35,000, separuh harga daripada dua model sebelum ini iaitu Model S dan Model X, yang bermula pada harga A$70,000.

“Jumlah keseluruhan pesanan bagi Model 3 dalam tempoh 24 jam yang lalu kini telah melimpasi 115,000 pesanan,” kata pengasas syarikat Elon Musk pada majlis penyampaian taklimat kereta baru tersebut.

Gambar yang diberikan oleh Teslo Motors menunjukkan kereta elekrik Model 3 yang akan dipasarkan secara besar-besaran. – Reuters
Gambar yang diberikan oleh Teslo Motors menunjukkan kereta elekrik Model 3 yang akan dipasarkan secara besar-besaran. – Reuters

Model 3 dijadual berada di pasaran pada akhir tahun depan. Musk menyifatkannya sebagai ‘langkah terakhir bagi pelan induk: Pasaran secara besar-besaran, kereta yang mampu dimiliki”

Dengan Model 3, Tesla dapat menunjukkan ianya boleh menambat hati orang ramai dengan pengeluaran kereta secara besar-besaran.

Ia harus mencakupi kesemua aspek pembahagian yang besar daripada 500,000 kereta yang Tesla telah tetapkan sebagai matlamat pengeluaran bagi tahun 2020. Tahun lepas, ia dapat menghasilkan 50,000 kereta.

Sesetengah penganalisis berkata ia adalah pencapaian besar buat Tesla sepertimana dengan pelancaran iPhone, Apple.

Sebelum diperlihatkan pada hari ini, terlihat orang ramai beratur panjang di luar kedai Tesla bagi menunggu untuk membuat pesanan kereta baru tersebut.