Tesla tambah modal untuk tingkat penghasilan

Tesla tambah modal untuk tingkat penghasilan

NEW YORK, 19 Mei (AFP) – Pengeluar kereta elektrik mewah Tesla Motors semalam mengumumkan ia merancang untuk menambah AS$1.4 bilion modal baru untuk membantu bagi peningkatan penghasilan kereta barunya, Model 3.

Tesla, yang mengumumkan pada awal Mei lalu bahawa ia akan meneruskan rancangannya untuk mencapai penghasilan tahunan 500,000 buah kereta dalam tempoh dua tahun hingga 2018, berkata ia akan menjual 6.8 juta saham baru dalam tawaran awam.

Tesla berkata ia telah mengambil deposit dari 373,000 pelanggan bagi Model 3, yang dijangkanya akan mula dihantar lewat tahun depan.

“Oleh sebab permintaan ketara yang kami lihat, kami memutuskan untuk meneruskan rancangan pembuatan 500,000 kenderaan kami (gabungan bagi Model S, Model X dan Model 2) kepada tahun 2018, dua lebih awal dari yang dirancang sebelumnya,” menurut syarikat itu.

Tesla menambah modal untuk meningkatkan penghasilan kereta baru mereka, Model 3. – AFP
Tesla menambah modal untuk meningkatkan penghasilan kereta baru mereka, Model 3. – AFP

Terbitan saham dibuat ketika Tesla terus berkembang bagi kereta elektrik dan mengatur tempat lebih luas dalam pasaran automobil pada masa akan datang.

Hasil terus melonjak tetapi dalam tempoh suku baru-baru ini Tesla meraih kerugian AS$75 juta.

Pertambahan modal baru disertai dengan jualan 2.8 juta saham oleh pengasas Tesla, Elon Musk. Hasil dari juala itu akan digunakan untuk membayar cukai pilihan stok dan bukan kepada syarikat.

Jika permintaan cukup kukuh, tawaran syarikat itu mungkin ditambah kepada 8.2 juta saham, yang membawa kepada AS$1.7 bilion.

Harga tawaran tidak ditetapkan, tetapi dalam sekuriti, Tesla menggunakan harga baru-baru ini, AS$204.66 sebagai rujukan.

Saham Tesla ditutup meningkat 3.2 peratus pada AS$211.17 semalam.

ARTIKEL YANG SAMA