Tesla tingkatkan sistem pemanduan automatik

Tesla tingkatkan sistem pemanduan automatik

pg18_160114_c

DETROIT, 13 Jan (Reuters) – Tesla Motors mengumumkan sedang mempertingkatkan sistem pemanduan automatik bagi Model S (gambar atas) sedan, sekali gus meletakkan had operasi kawalan automatik baharu dalam industri automotif.

Pengumuman itu menerima pujian kerana langkah berani syarikat itu memperkenalkan inovasi baharu itu dan kritikan kerana melancarkannya terlalu awal.

Fungsi itu kini hanya terhad bagi pemanduan atas jalan kediaman atau laluan tanpa pembahagi jalan – bermakna kereta itu tidak boleh dipandu melebihi had kelajuan maksimum lebih 8 kilometer sejam.

Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk, berkata kereta itu akan mengurangkan kelajuannya secara automatik apabila memasuki selekoh lebuh raya, bagaimanapun beliau tidak menyedari sebarang makluman kemalangan disebabkan versi awal perisian pemanduan automatik sebelum ini.

Tesla mengumumkan usahanya mempertingkat sistem pemanduan automatik sehari sebelum bermulanya Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara di Detroit.

Langkah itu dilihat sebagai usaha melangkaui pengeluar kereta tradisional yang rata-rata ketinggalan dengan teknologi Tesla apabila memperkenalkan teknologi semi-automatik untuk model pelancaran baharu.

ARTIKEL YANG SAMA