Tetamu diraja serikan Majlis Aidilfitri RB

Tetamu diraja serikan Majlis Aidilfitri RB

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani & Aziz Idris

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Meskipun bulan Syawal kini berada di minggu terakhir namun sambutan Hari Raya Aidilfitri masih diadakan dengan penuh kemeriahan seperti Majlis Hari Raya Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kelab Rekreasi Royal Brunei di sini, hari ini.

Majlis berkonsepkan rumah terbuka itu diserikan lagi dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil serta anakanda-anakanda Yang Teramat Mulia iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah.

Tetamu-tetamu diraja itu juga mengambil peluang untuk bergambar keluarga di pondok bergambar segera ‘me-in-a-box’ yang disediakan khas bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga selaku Pengerusi RB, Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil serta anakanda-anakanda Yang Teramat Mulia iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah semasa berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri RB di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, kelmarin.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah mengabadikan gambar keluarga semasa majlis sambutan Aidilfitri RB kelmarin.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah mengabadikan gambar keluarga semasa majlis sambutan Aidilfitri RB kelmarin.
Dato Paduka Haji Bahrin dan Dermot Mannion semasa meraikan tetamu pada majlis sambutan Aidilfitri RB kelmarin.
Dato Paduka Haji Bahrin dan Dermot Mannion semasa meraikan tetamu pada majlis sambutan Aidilfitri RB kelmarin.
Para tetamu menikmati hidangan juadah yang disediakan.
Para tetamu menikmati hidangan juadah yang disediakan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut juga dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah RB, rakan kongsi perniagaan, orang-orang berkepentingan dan tetamu jemputan serta pegawai dan kakitangan RB yang bermula pukul 2 petang hingga 8 malam ini.

Mengetuai bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu di majlis itu ialah Timbalan Pengerusi RB, Dermot Mannion dan Pemangku Ketua Operasi Penerbangan, Kapten Khalidkhan bin Haji Asmakhan bersama pegawai-pegawai kanan RB.

ARTIKEL YANG SAMA