Tetap memberikan cabaran

Tetap memberikan cabaran

SINGAPURA, 7 Jun – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pegiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam hari ini, berkenan berangkat melawat Sukan Layar yang diwakili oleh pasangan adik beradik Lim Jun Haw dan Lim Jenn Kiat di National Sailing Centre, Republik Singapura.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia telah dijunjung oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA Ke-28, Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad.

Semasa keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia meninjau kemudahan yang disediakan bagi atlet-atlet negara. Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan beramah mesra sambil memberi kata-kata semangat kepada kedua-dua atlet negara.

Selain meninjau Pusat Sukan Layar Kebangsaan, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menyaksikan perlawanan sukan layar bagi kategori Laser Radial Lelaki Bawah Umur 19 Tahun bagi saringan pertama daripada tiga saringan.

Sementara itu Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian hadiah bagi acara Wushu Kategori Berpasangan Duilan Wanita yang berlangsung semalam di Dewan Ekspo 2, Republik Singapura.

DYTM Pengiran Bendahara berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan Wushu Women Duilian di Expo Hall 1, Singapura semalam. – Infofoto
DYTM Pengiran Bendahara berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan Wushu Women Duilian di Expo Hall 1, Singapura semalam. – Infofoto
DYTM Pengiran Bendahara berangkat memberikan sokongan kepada peserta muda negara, iaitu Lim Jenn Kiat bagi kategori Male Youth Laser Radial (U19) Sukan SEA di Pusat Layar Kebangsaan. – Infofoto
DYTM Pengiran Bendahara berangkat memberikan sokongan kepada peserta muda negara, iaitu Lim Jenn Kiat bagi kategori Male Youth Laser Radial (U19) Sukan SEA di Pusat Layar Kebangsaan. – Infofoto

Skuad negara meraih pingat gangsa dalam acara Duilan Wanita gandingan Faustina Woo W. dan Lee Ying Shi yang memperoleh 9.64 mata. Pingat perak dimenangi oleh pasangan tuan rumah manakala pingat emas diraih peserta dari Myanmar.

Sementara itu adik beradik Mohammad Sufi Syariyan bin Roslan dan Mohammad Adi Sya’rani bin Roslan berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara Duilan Lelaki, selepas mempamerkan satu persembahan yang menggamatkan penonton dan tidak menghampakan sehingga berjaya mengutip 9.68 mata, iaitu ketinggalan 0.04 mata daripada pemenang pingat emas.

Pingat Perak dimenangi oleh pasangan Filipina sementara pingat Emas disandang oleh peserta tuan rumah.

Atlet Wushu negara dijadualkan akan bertanding hari ini bagi acara perseorang lelaki dan juga perseorangan wanita.

Perlawanan Petanque Sea Game Mens Shooting diwakili oleh Awang Mohamad Abddillah Tamin di Padang Singapura. – Infofoto
Perlawanan Petanque Sea Game Mens Shooting diwakili oleh Awang Mohamad Abddillah Tamin di Padang Singapura. – Infofoto
Mohammad Sufi Syariyan dan Mohammad Adi Sya’rani berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara Duilan Lelaki. – Infofoto
Mohammad Sufi Syariyan dan Mohammad Adi Sya’rani berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara Duilan Lelaki. – Infofoto
Duilan Wanita gandingan Faustina Woo W. dan Lee Ying Shi dengan pingat gangsa. – Infofoto
Duilan Wanita gandingan Faustina Woo W. dan Lee Ying Shi dengan pingat gangsa. – Infofoto
Gadingan Ahmad Taufiq dan Lim Wei Kok ketika bertemu dengan pemain Singapura, Lian Han Toh dan Aloysius Yapp. – Infofoto
Gadingan Ahmad Taufiq dan Lim Wei Kok ketika bertemu dengan pemain Singapura, Lian Han Toh dan Aloysius Yapp. – Infofoto
Skuad Takraw negara bersama pingat gangsa Sukan SEA. Brunei berkongsi pingat gangsa bersama Singapura. - Infofoto
Skuad Takraw negara bersama pingat gangsa Sukan SEA. Brunei berkongsi pingat gangsa bersama Singapura. – Infofoto

Kontinjen negara juga menyertai acara Billiard dan Snooker bagi Pool 9 bola bagi lelaki. Skuad negara yang diwakili oleh Ahmad Tufik dan Lim Wei Kok tewas kepada pasangan Singapura Lian Han Toh dan Aloysius Yap dengan kiraan 4-7 di peringkat suku akhir.

Perlawanan berlangsung di OCBC Arena Hall Pool, Singapura dan disaksikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sementara itu atlet Que negara akan meneruskan perlawanannya hari ini bagi acara Pool 9 Bola dan perseorangan. Ahmad Taufik akan bertemu Jeffsey Ang dari Malaysia manakala Wee Kok Lim akan bertemu pemain Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA