Tevez hapuskan legenda del Piero

Tevez hapuskan legenda del Piero

MILAN, 3 Mei (AFP) – Carlos Tevez menepati nama samaran ‘Apache’ dengan baik musim ini, di mana dia bersedia menjadi pemain Juventus pertama untuk selesai sebagai penjaring terbanyak Serie A sejak Alessandro del Piero pada 2008.

Penguasaan Juventus dalam kelompok teratas Itali adalah kunci kepada scudetto keempat berturut–turut mereka, tetapi pengaruh pemain dari Argentina berusia 31 tahun itu dirasakan kelab dan bukan semata-mata hanya kerana 20 jaringannya.

“Tevez adalah penyerang luar biasa. Da bukan hanya penjaring gol tetapi memberikan sumbangan kepada tugasan menyeluruh pasukan juga,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

Rakan sepasukan, Patrice Evra, yang beraksi di samping Tevez di Manchester United, mengakui pemain dari Argentina itu penting baginya ketika menyertai kelab apabila berhijrah dari Old Trafford musim lalu.

“Dia adalah salah satu alasan mengapa saya memilih Juventus. Saya berbincang dengannya menerusi telefon dan meminta beberapa tips dan dia memberitahu saya: Datanglah ke sini, anda akan melihat sebuah kelab besar,” Evra memberitahu majalah UEFA, Champions. Apabila dia pergi, amat mengecewakan untuk melihat beliau menjarung baju berbeza daripada United.”

Tevez (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan Sampdoria, Matias Agustin Silvestre dalam aksi Serie A di Stadium Luigi Ferraris di Genoa semalam. - AFP
Tevez (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan Sampdoria, Matias Agustin Silvestre dalam aksi Serie A di Stadium Luigi Ferraris di Genoa semalam. – AFP

Dengan menamatkan musim dua tahun bersama United pada 2009 dengan beberapa gelaran lain dan Liga Juara–Juara, Tevez menghabiskan empat musim bersama Manchester City.

Dalam dua musim di Turin, Tevez menggilap reputasinya sebagai pemain yang digambarkan sukar ditangani dan berterima kasih kepada semangat yang tak pernah berakhir dan kadar jaringan menggerunkan dan terbukti penting bagi Bianconeri ketika mereka terus mendominasi aksi domestik dan membuat laluan di Eropah.

Musim pertamanya di Juve di bawah bekas jurulatih Antonio Conte, yang membimbing Juventus menjulang tiga gelaran liga berturut–turut dari 2011-2013, menyaksikan beliau selesai sebagai penjaring terbanyak Juve dengan 19 gol.

ARTIKEL YANG SAMA