Tewas bukan masalah besar

Tewas bukan masalah besar

LONDON, 22 Sept (Reuters) – Kevin De Bruyne percaya kebolehan serta persembahannya memainkan peranan penting buat pasukannya musim ini dengan bintang Manchester City itu yakin kekalahan 1-2 di tangan West Ham, Sabtu lalu, bukan masalah besar.

Kekalahan mengejutkan pendahulu Liga Perdana itu menamatkan catatan rekod 100 peratus setakat ini sekali gus membenarkan musuh setempat, United hanya ketinggalan dua mata di belakang.

West Ham muncul pasukan pertama berjaya menjaringkan gol ketika menentang City musim ini apabila Victor Moses meledak jaringan pada minit ke-6 sebelum mereka menambah kelebihan menerusi Diafra Sakho.

De Bruyne merapatkan kedudukan buat City tetapi tidak mampu menghasilkan kemenangan. Pemain antarabangsa Belgium itu berkata, dia masih lagi mencari rentak dan yakin mampu meningkat kerana dikelilingi pemain bertaraf bintang di City.

Kevin De Bruyne percaya tewas mengejut kepada West Ham Sabtu lalu bukan masalah besar. – Reuters
Kevin De Bruyne percaya tewas mengejut kepada West Ham Sabtu lalu bukan masalah besar. – Reuters

“Saya hanya akan menjadi lebih baik jika bermain dengan pemain hebat. Pasukan ini mempunyai ramai pemain hebat,” kata De Bruyne kepada media British. “Saya yakin, apabila sudah lebih mengenali rakan sepasukan, saya pasti mempamer aksi lebih baik.

“Saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan pasukan. Ini baru permulaan dan saya tidak tertekan. Saya akan cuba bermain seperti biasa.” De Bruyne yang sering beraksi sebagai penyerang utama bersama bekas kelab, VfL Wolfsburg berkata, dia yakin kemampuannya bermain di barisan depan pasukan akan menambah sengat serangan City.

“Saya boleh bermain di tiga posisi serangan. Walaupun biasa bermain selaku penyerang utama, saya juga sering bertukar tempat dengan rakan,” katanya.

“Saya rasa anda perlu mempunyai kebolehan bermain di beberapa posisi jika menentang pasukan seperti West Ham yang bertahan dengan sembilan pemain.”

ARTIKEL YANG SAMA