Tewaskan Contador fokus Froome

Tewaskan Contador fokus Froome

UGINE, Perancis, 8 Jun (AFP) – Chris Froome yang bersaing di Criterium du Dauphine semalam bukan untuk merebut kembali gelaran tetapi juga mencari rentak yang akan membolehkannya menewaskan Alberto Contador dalam Jelajah Perancis Julai depan.

Dua tahun yang lalu, Froome kelahiran Kenya adalah penunggang yang perlu diketepikan. Dia memenangi Dauphine Jun lalu sebelum menambah gelaran Jelajah sebulan kemudian, yang mengikuti jejak pesaing senegara dari Britiain dan apa yang dicapai rakan sepasukan Sky, Bradley Wiggins setahun sebelumnya.

Pada tahun lepas ramai menjangka Froome sekali lagi akan menguasai perlumbaan tetapi selepas kecederaan dan kesakitan menjejaskannya tahun ini, musimnya mula terurai di Dauphine.

Dia mendahului perlumbaan dari peringkat ujian masa pembukaan sehingga dua peringkat terakhir tujuh yang menyaksikannya tewas kepada Conatador sebelum terjejas pada hari terakhir peringkat pergunungan walaupun terkesan akibat kemalangan pada peringkat keenam.

Dia hadir di Grand Boucle dengan rentak yang hambar dan tiga kemalangan dalam dua hari berturut–turut pada minggu pertama yang menyaksikannya meninggalkan perlumbaan dengan patah pergelangan tangan sebelum keraian bermula.

Tahun ini persediaannya sedikit berbeza ketika dia berlumba dan menang, Vuelta a Andalucia berbanding pergi ke Jelajah Oman awal tahun ini.

Bagaimanapun, dia dikalahkan dikedudukan ketiga pada Jelajah Roamndie bulan lalu selepas ujian masa terakhir yang hambar.

Bagaimanapun, dia masih menjadi salah seorang pilihan pada Julai, bersama juara tahun lepas, Vincenzo Nibali, juara Giro d’Italia yang baru Contador dan pemenang Giro tahun lepas, Nairo Quintana dari Colombia.

Namun Contador yang menewaskan Froome di tempat kedua di Vuelta a Espana tahun lepas, adalah pesaing dalam minda penunggang Inggeris itu.