TFC kembali 3-5 Jun ini

TFC kembali 3-5 Jun ini

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 26 Mei – Acara Tutong Food Convention (TFC) atau lebih dikenali sebagai Tutong Food Con akan kembali lagi selama tiga hari pada 3 hingga 5 Jun ini di kawasan Ruang Legar Hua Ho Petani Mall,Tutong.

TFC merupakan salah satu program yang dikenali sebagai Program Rakan Strategik Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) yang diperkenalkan oleh Jabatan Daerah Tutong selaku pengerusi yang telah mula diperkenalkan pada Oktober 2014.

Ia diungkayahkan bersama dengan pengurus My Kitchen Box selaku pengurus acara dan ketua penyelaras kumpulan pengusaha-pengusaha makanan secara online di daerah ini yang disokong oleh ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Tutong dan pihak Syarikat Hua Ho Petani Mall Tutong selaku penyedia tempat acara TFC.

Tujuan TFC ini adalah bagi meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan para belia remaja serta membuka peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang berpotensi dan berdaya saing. Di samping itu juga, bagi mengeratkan perpaduan dan ukhwah di antara para pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dengan penduduk dan masyarakat di daerah ini.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan mengunjungi acara berkenaan yang akan dibuka dari jam 9:30 pagi hingga 9 malam kecuali Jumaat yang akan dibuka dari jam 3 petang hingga 9 malam.

ARTIKEL YANG SAMA