TH Properties perkukuhkan pembabitan di luar negara

TH Properties perkukuhkan pembabitan di luar negara

pg18_151114_a

SYDNEY, 13 Nov (Bernama) – TH Properties Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah Lembaga Tabung Haji (TH), meneruskan kejayaannya di Australia dengan melaksanakan projek pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi Aus$800 juta bagi memenuhi pemintaan yang semakin tinggi untuk pangsapuri di Sydney.

TH baru menyiapkan projek pembangunan hartanah Bay Pavilion bernilai Aus$220 juta, projek pertamanya di luar negara, di Burns Bay Road Lane Cove.

Majlis penyerahan kunci projek berkenaan berlangsung hari ini.

TH Properties juga memperoleh projek pembangunan Imperial Hurstville di Treacy Street, Hurstville, dan majlis pecah tanah akan berlangsung pada hari yang sama.

Projek Bay Pavilions telah dilaksanakan oleh THP Bay Pavilions Corporation, anak syarikat milik penuh TH Properties.

Projek itu melibatkan pebangunan 270 pangsapuri kediaman.

Projek Imperial Hurstville pula dilaksanakan oleh THP Australia Corporation, juga anak syarikat milik penuh TH Properties.

Projek itu meliputi pembinaan 235 unit, termasuk 227 pangsapuri kediaman dan 8 unit kedai runcit, kesemuanya membabitkan GDV kira-kira AU$200 juta.

Kedua-dua THP Bay Pavilions Corporation dan THP Australia Corporation telah menandatangani projek bersama dengan rakan Australia, Piety Developments Pty Ltd bagi sebuah projek pembangunan hartanah iaitu projek Bay Pavilions dan Imperial Hurstville.

“Dalam mencorakkan masa depan TH Properties’, kami sentiasa mengenal pasti rakan strategik yang akan merealisasikan pertumbuhan yang mampan ini dalam bidang perniagaan kami,” kata Pengerusi TH Properties Datuk Azizan Abdul Rahman pada majlis penyerahan Bay Pavillions, di sini.

Azizan berkata Piety Group mempunyai rekod yang baik dalam pelaksanaan kerja-kerja pembangunan hartanah dengan tema gaya hidup di Sydney.

ARTIKEL YANG SAMA