Thai tingkat langkah keselamatan rumah kerajaan

Thai tingkat langkah keselamatan rumah kerajaan

BANGKOK, 2 Mac (Bernama) – Thailand akan meningkatkan keselamatan di Rumah Kerajaan yang menempatkan antara lain pejabat Perdana Menteri, sejajar dengan peranannya sebagai pusat utama pentadbiran kerajaan.

Jurucakap kerajaan Kol Sansern Kaewkamnerd berkata, langkah itu bukan reaksi terhadap sebarang ancaman keganasan, tetapi hanya langkah biasa.

Katanya, langkah itu berikutan lawatan Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan ke luar negara di mana beliau dapati langkah keselamatan ketat dilaksanakan di bangunan-bangunan penting kerajaan.

Beliau berkata langkah keselamatan di Rumah Kerajaan pada masa lepas tidak begitu ketat kerana kerajaan tidak mahu menyusahkan orang-orang yang datang bekerja atau membuat urusan di situ.

Sansern menjangkakan langkah baharu keselamatan itu dapat diterima rakyat.

ARTIKEL YANG SAMA