Thai Union Group batal beli Bumble Bee

Thai Union Group batal beli Bumble Bee

BANGKOK, 4 Dis (Reuters) – Thai Union Group Pcl, pengeluar tuna tin terbesar di dunia, membatalkan pemerolehan pesaing Amerika Syarikat (AS) Bumble Bee Seafoods berjumlah AS$1.5 bilion pada hari ini setelah pihak berkuasa AS berkata perjanjian itu akan menjejas persaingan dalam pasaran makanan laut.

Perjanjian itu akan memberikan Thai Union kawalan ke atas beberapa produk makanan laut terkenal di Ameirka Utara, termasuk dua daripada tiga jenama tuna tin terbesar di Amerika Syarikat, dan membentuk sebahagian daripada usahanya untuk mencecah pendapatan sebanyak AS$8 bilion pada tahun 2020.

Thai Union akan membeli firma luar negara lain untuk memastikan ia memenuhi sasaran berkenaan, beritahu Ketua Eksekutif Thiraphong Chansiri kepada Reuters menerusi telefon selepas pengumuman.

“Kami mempunyai wang tunai untuk membeli syarikat lain,” kata beliau.

“Ia akan membantu kami memenuhi sasaran 2020.”

Syarikat itu telah berusaha untuk meluluskan perjanjian itu sejak mengumumkannya setahun lalu, kata beliau, tetapi membatalkannya tatkala kelulusan AS menjadi semakin mustahil.

“Pengguna adalah lebih baik tanpa perjanjian ini,” kata Bill Baer, penolong peguam negara divisyen pecah amanah Jabatan Keadilan AS, dalam satu kenyataan.

“Siasatan kami meyakinkan kami dan pihak tahu atau sepatutnya tahu daripada maklumat tersebut – bahawa pasaran tidak berfungsi secara kompetitif hari ini dan gabungan selanjutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan.”

Pasaran tuna tin telah lama dikuasai oleh tiga jenama, kata Jabatan Keadilan. Perjanjian itu juga akan menggabung penjual beberapa makanan laut bertin lain yang terbesar dan kedua terbesar di AS, tambahnya.

“Jabatan Keadilan menghubungi syarikat ia bimbang urus niaga yang dicadangkan itu akan menjejas persaingan,” katanya.