Thailand akan adakan pilihan raya pada 2017

Thailand akan adakan pilihan raya pada 2017

BANGKOK, 9 Ogos – Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 2017, ketua junta negara itu mengesahkan hari ini, dalam komen pertamanya sejak para pengundi menyokong perlembagaan baru dihasilkan tentera dalam satu referendum.

Undian pada Ahad adalah bagi menyokong piagam yang merupakan ujian pertama bagi pandangan umum sejak rampasan kuasa 2014, walaupun kempen dikekang dan perdebatan terbuka ditegah menjelang undian.

“Pilihan raya akan diadakan lewat 2017 seperti yang dirancang,” kata Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, yang merupakan ketua tentera yang merampas kuasa dua tahun lalu, memberitahu para wartawan.

Sejak undian itu, sekutu penting Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) telah menggesa Prayut untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin dan membatalkan kekangan ke atas kebebasan awam yang dikenakan sejak dia mengambil alih kuasa.

Tarikh pilihan raya sebelumnya yang dijanjikan oleh Prayut telah dibatalkan. – AFP