Thailand cadang beli 4 lagi jet pejuang

Thailand cadang beli 4 lagi jet pejuang

BANGKOK, 12 Mei (Xinhua) – Thailand mungkin membeli empat lagi jet pejuang Sweden bagi menambah 12 pejuang skuadron dari jenis yang sama, kata Timbalan Perdana Menteri Prajin Juntong hari ini.

Prajin, bekas ketua tentera udara Thai, berkata bahawa beliau menganggap Saab JAS 39, pesawat tempur Gripen sebagai “teknologi yang termaju” dan mencadangkan untuk membeli empat jet pejuang Sweden sebagai tambahan.

Tentera udara Thai kini mengatur kedudukan 12 pejuang Sweden di Air Wing 7 di wilayah selatan Surat Thani. Jet pejuang Gripen Skuadron telah diperolehi pada tahun 2008 untuk menggantikan jet pejuang dari Amerika Syarikat yang sudah lama iaitu jet pejuang F-5 Tiger.

Sebuah jet pejuang JAS 39 Gripen kini dianggarkan bernilai AS$69 juta.

Prajin membuat ulasannya selepas lawatan duta Sweden Staffan Herrstrom ke Rumah Kerajaan di mana mereka mengadakan perbincangan mengenai jet pejuang Gripen, yang berteknologi digital Sweden dan juga perdagangan dua hala, antara topik perbincangan.

ARTIKEL YANG SAMA