Thailand catat kemajuan penangkapan ikan haram

Thailand catat kemajuan penangkapan ikan haram

BANGKOK, 6 Mei (Reuters) – Thailand telah mencatat kemajuan dalam kempen memerangi penangkapan ikan haram, kata Timbalan Perdana Menteri Pridiyathon Devakula hari ini, ekoran satu keputusan oleh Kesatuan Eropah pada bulan lalu untuk memberikan negara enam bulan untuk membersih industry perikanannya.

Pengeksport makanan laut ketiga terbesar di dunia itu diberikan “kad kuning” oleh EU dan menghadapi risiko sekatan ke atas eksport ikannya pada Oktober melainkan ia bertindak keras ke atas penangkapan ikan haram.

Eksport tahunan Thailand ke EU dianggarkan bernilai di antara 575 juta euro dan 730 juta euro.

Pridiyathorn berkata kelemahan utama yang dikenalpasti oleh EU telahpun diatasi, termasuk pendaftaran beribu-ribu kapal perikanan yang tidak mempunyai dokumen.

“Setiap persatuan telah menyelesai masalah penting termasuk pendaftaran bot dan pemasakan sistem pengawasan dan pengesan kapal, demi mentafsirkan di mana datangnya ikan, di perairan yang mana ia ditangkap dan nama kapal,” kata Pridiyathorn.

Sebahagian besar kapal Thai adalah tidak berdaftar dan di luar kawalan kerajaan. Sektor perikanan Thailand juga menggaji beribu-ribu pekerja penghijrah dari negara jiran termasuk Kemboja dan Myanmar.

Ada di antara mereka diseludup masuk ke dalam negara secara haram.

Satu sumber EU di Thailand, yang bercakap dengan syarat amanya tidak disiarkan, berkata keputusan EU tidak mengambil kira penggunaan pekerja penghijrah haram di bot perikanan Thai.

“Ia adalah mengenai kapal perikanan haram dan amalan penangkapan ikan dan apa yang dikenali sebagai perikanan haram dan tidak terkawal,” kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA