Thailand dominasi takraw ASG7

Thailand dominasi takraw ASG7

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Thailand hari ini muncul juara dalam kedua-dua bahagian Berkumpulan dan Antara Regu Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (ASG7) yang berlangsung di Sekolah Menengah Rimba II, di sini.

Pada perlawanan akhir bahagian Antara Regu, Pasukan Thailand ‘A’ memastikan pingat emas di tangannya apabila mengalahkan Pasukan ‘B’ Thailand yang terpaksa akur dengan pingat perak dengan mata 21-16, 21-16.

Tampil gangsa bersama di dalam kategori itu adalah Pasukan Indonesia dan Malaysia yang tumpas di peringkat separuh akhir ketika berhadapan pasukan ‘A’ dan ‘B’ Thailand yang menguasai kejohanan kali ini.

Sesi bergambar ramai semua peserta peringkat akhir dalam bahagian Berkumpulan Sepak Takraw ASG7.
Sesi bergambar ramai semua peserta peringkat akhir dalam bahagian Berkumpulan Sepak Takraw ASG7.

pg24_151127_LOGO ASG7

Sementara itu dalam bahagian Berkumpulan pula, Thailand turut meraih emas apabila berjaya meninggalkan saingan rapatnya iaitu Indonesia yang terpaksa akur dengan pingat perak dan gangsa bersama pula disandang Pasukan tuan rumah Brunei Darussalam dan Malaysia

Hadir menyampaikan pingat kepada barisan pemenang adalah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.