Thailand harap tekanan di pihak Jepun

Thailand harap tekanan di pihak Jepun

BANGKOK, Thailand, 5 Sept – Jurulatih bola sepak Thailand hari ini berkata tekanan akan dihadapi oleh Jepun apabila kedua-dua pasukan bertemu di Bangkok dengan kedua-duanya ingin mencari tempat pada Piala Dunia 2018 selepas kekalahan kedua-dua pasukan pada perlawanan pertama.

Pasukan Gajah Perang menghoskan gergasi Asia Jepun malam esok, hanya beberapa hari selepas penalti pada saat-saat akhir menghampakan mereka apabila tewas 0-1 ke atas Arab Saudi di Kumpulan B bagi kelayakan Asia ke Rusia.

Jepun juga masih segar akan kekalahan 2-1 di tempat sendiri ke atas UAE selepas pemain terbaru Arsenal, Takuma Asano telah mencetuskan kontroversi apabila golnya tidak dikira meskipun ulang tayang TV menunjukkan ia telah melepasi garisan.

Kedua-dua pasukan perlu mengakhiri kempen kumpulan menjadi dua pasukan terbaik pada pusingan ketiga untuk mendapatkan tempat automatik di Piala Dunia Rusia dalam tempoh dua tahun.

“Apa sahaja boleh berlaku,” ujar jurulatih Thai Kiatisuk Senamuang yang lebih dikenali dengan nama ‘Zico’ memberitahu para pemberita, menambah dia berharap sorakan di tempat sendiri mampu meningkatkan permainan pasukan Thailand.

Jurulatih Thailand dalam satu sidang media menjelang perlawanan menentang Jepun dalam Kelayakan Piala Dunia Rusia 2018. – AFP
Jurulatih Thailand dalam satu sidang media menjelang perlawanan menentang Jepun dalam Kelayakan Piala Dunia Rusia 2018. – AFP

“Kami mahu memberikan tekanan ke atas Jepun. Mereka akan mempunyai masalah jika mereka kalah perlawanan kedua. Jika Jepun cuai atau tidak mampu meraih sebarang mata, tekanan akan berada di pihak mereka.”

Zico telah memenangi pujian setelah mengendali pasukan muda tanpa bintang dunia untuk ke pusingan 12 terakhir di Asia bagi kelayakan Piala Dunia.

Pasukan Thailand merupakan pakej kejutan dalam laluan ke Rusia.

Namun Jepun, pasukan gergasi serantau dengan beberapa pemain bermain di kelab-kelab Eropah, merupakan pasukan pilihan di Bangkok, di mana mereka juga menikmati sokongan komuniti besar ekspatriat.

Thailand setakat ini belum pernah menewaskan Jepun sejak 1997 di mana Zico menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1. – AFP