Thailand juara berpasukan takraw ASG7

Thailand juara berpasukan takraw ASG7

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Thailand mengesahkan penguasaannya dalam acara Berpasukan Sepak Takraw Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali Ke-7 (ASG7) Brunei Darussalam 2015 apabila mudah menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir hari ini.

Persaingan di Dewan Sekolah Menengah (SM) Rimba II itu menyaksikan Regu Pertama Thailand menang 21-7 dan 21-3, manakala Regu Kedua Thailand mengalahkan Regu Kedua Indonesia dengan kiraan 21-7 dan 21-10.

Thailand mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan musuh tradisinya, Malaysia 2-0 dalam separuh akhir pertama selepas regu pertamanya menang 21-14 dan 22-20, disusuli dengan kemenangan regu keduanya dengan kiraan 21-17 dan 21-11.

Aksi libasan maut pemain Thailand (merah) ketika menentang Indonesia dalam perlawanan akhir acara ‘Berpasukan’.
Aksi libasan maut pemain Thailand (merah) ketika menentang Indonesia dalam perlawanan akhir acara ‘Berpasukan’.

pg24_151126_LOGO ASG7

Indonesia pula layak ke final setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Brunei Darussalam dengan kiraan 2-0 menerusi kemenangan regu pertamanya dengan kiraan 21-6 dan 21-14, diikuti kemenangan regu keduanya dengan kiraan 21-12 dan 21-11.

Tanpa adanya perlawanan penentuan pingat gangsa, maka Brunei Darussalam dan Malaysia sebagai pasukan yang tewas telah ditentukan sebagai pemenang pingat gangsa bersama.

ARTIKEL YANG SAMA