Thailand kembalikan 14 ekor orangutan

Thailand kembalikan 14 ekor orangutan

BANGKOK, 12 Nov (Reuters) – Sebanyak 14 ekor orangutan yang diseludup ke Thailand secara haram telah dihantar pulang ke Indonesia hari ini, namun operasi itu tidak berlaku tanpa insiden, salah seekor mawas itu mengoyakkan jari salah seorang pegawai hidupan liar apabila dia cuba memasukkannya ke dalam sangkar.

Dua belas ekor orangutan itu diseludupi masuk ke Thailand ketika masih kecil dan diselamatkan tujuh tahun lalu oleh pihak polis dan dihantar ke pusat pembiakan hidupan liar di Ratchaburi, 80 km (50 batu) barat Bangkok. Dua di antara mawas itu dilahirkan di pusat tersebut.

“Haiwan-haiwan itu masih kecil apabila kami menerima mereka dan mereka perlu dikembalikan secepat mungkin ke hidupan liar,” Edwin Wiek, pengarah Dana Persahabatan Hidupan Liar Thailand memberitahu Reuters. “Sekarang ia sudah terlambat untuk mengembalikan haiwan-haiwan itu ke dalam hutan.”

Dokumen-dokumen dari Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Thailand menyatakan orangutan-orangutan itu berasal dari kepulauan Borneo di Indonesia.