Thailand lancarkan aplikasi bagi pelancong Islam

Thailand lancarkan aplikasi bagi pelancong Islam

BANGKOK, 9 Jun (dpa) – Thailand akan melancarkan aplikasi telefon bimbit pintar menyediakan maklumat setempatbagi pelancong beragama Islam, pegawai pelancongan memberitahu hari ini.

Aplikasi itu akan dilancarkan pada 22 Jun dalam bahasa Inggeris, Thailand dan Arab, akan membantu pelancong mencari restoran-restoran halal, hotel-hotel, masjid-masjid dan pengendali pelancongan.

Aplikasi itu merupakan sebahagian dari kempen untuk menarik lebih pelancong dari Timur Tengah, serta Malaysia dan Indonesia, yang telah memberikan gabungan tiga juta pelancong ke negara itu tahun lepas, Autoriti Pelancongan Thailand memberitahu.

ARTIKEL YANG SAMA